selamat menyambut ulang tahun ke 22.semoga di murahkan rezeki dan berjaya mencapai apa yg diidamkan...semoga keberkatan yg dikurniakan olehNYA dimanfaatkan dalam kehidupan saudari...
di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran untuk anda, semoganya dengan perningkatan usia itu menjadikan lagi kita ini hamba yang soleh kepada Allah s.w.t.
ingatlah semakin bertambah usia kita makanya semakin hampirlah kita kepada masa ajal kita,jadinya jangan terpedaya dengan usia yg kita miliki.
pergunakanlah sebaik2nya peluang yg ada dengan menyiapkan bekalan untuk hari akhirat kelak.
ingatlah bilamana matinya anak adam itu terputuslah segala hubungannya dengan dunia melainkan tiga perkara iaitu
1.sedekah yg membawa kebaikan kepada umum. 2.ilmu yg bermanfaat yg diajarkan kepada org yg masih hidup. 3.doa dari anak2 yg beriman.
dan 3 perkara yg akan mengiringi jenazah kita ke perkuburan 2 darinya akan kembali dan satu akan kekal bersama jenazah di dalam kubur.
waris dan harta akan kembali dan hanya amal yg akan menemani jenazah.
semoga peringatan khas sempena ulangtahun kelahiran anda ini membawa manfaat.
semoga Allah s.w.t melindungi dan memelihara anda.......
Friendster Idul Fitri Comments|MySpace Eid Mubarak Comments|Hi5 Comments|More Glitters|Friendster Graphics & Quotes